:.. JOM FOLLOW ..:

Tuesday, 25 December 2012

PETUA UNTUK AWET MUDA

Kami menawarkan produk yang lebih murah daripada produk yang berada di pasaran terkini. Tak percaya?

Kami mahu anda cuba produk ini...telah lama digunakan sejak turun temurun:

  • Cuci muka dengan wudhu' dan air mata keinsafan
  • Cucilah mata anda dengan melihat ayat-ayat al-Quran serta perkara-perkara yang baik
  • Cuci lidah dengan zikir dan membaca ayat al-Quran
  • Cuci telinga anda dengan mendengar setiap kata-kata yang baik
  • Cucu hati dengan taqwa
untuk mengelakkan tangan dan kaki anda berkedut dengan cepat sebelum masanya, anda hendaklah mengamalkan petua berikut :
  • untuk tangan, ringankan tangan untuk menghulurkan bantuan pada sesiapa yang memerlukan 
  • untuk kaki, sering ke masjid dan menghadiri kuliah-kuliah agama


dapatkan segera ^_^

Saturday, 22 December 2012

Batik Sarung


Salam all...
malam ni nak kongsi bisnes sket... Jom ar beli. Murah jer taw ^_^
batik sarung siap dijahit

batik sarung: RM 11


berminat??
boleh dapatkan di kedai kami:
aras atas,pasar awam taman sri serdang
atau email pd kami

Tuesday, 18 December 2012

DA PREGNANT KE???

KR mulakan dengan ucapan Assalamualaikum kepada smua pembaca. Ceewah ayat cam pembaca berita tak? Hehehe ^_^

ermmm..tajuk kali ni dikira soalan spot bagi orang yang da mendirikan umah tangga macam KR ni...tak kira orang itu baru kawin atau da lama kawin. Yang da lama kawin tu (mybe blom dpt bby) sebab tu orang asyik bertanye...ye dok?

kalau tuk anak dara or anak teruna yang umur 23 tahun keatas dan still single available, mesti soalannye
"bile ko nak kawin?"/ "ko takder orang ag ker?"/ "ko tunggu ape lagi?"....last sekali soalan penutup "ko nak acik carikan calon ke?".hu3 sape yang pnah kne terjah ngan soalan-soalan ni? ape yang korang jawap bile orang tanyer soalan ni?

KR nak share ngan kengkawan semua alhamdulillah skarang pada masa post ini ditulis, KR telah mengandung 6 bulan. Syukur alhamdulillah kerana diberi rezeki awal. Ha da asyik tanyer sangat kan jadik kene la buat entri macam ni...^_^

Nak taw tak?
mula-mula kawin dulu, KR tak bape teruja tuk ngandung awal. ye la baru kawin n tak stabil ag ekonomi. Tapi nak dijadikkan citer, sebulan pas kawin period KR tak datang. (ase cuak n gelabah toksah citer ar, memang stress sesangat masa tu)sampai la bulan seterusnye period masih tak datang. Member2 ofis sume da xcited pikir kemungkinan dan kebarangkalian yang berlaku pada diri KR. tapi KR masih boleh elak dan tepis smua sangkaan dorang.

sampai bulan ke-4, KR masih blom buat check up tapi KR da citer pada suami dan beliau tersangat la xcited, cuma KR yang masih blom bersedia.(antara alasannye macam kat atas tadi dan sedikit tambahan adalah KR anak sulung dan adik2 ramai. paling bongsu baru masuk 3tahun. so terasa penat urus adik2 yang masih kecil dan masih sekolah).

Tapi kan bile dengar citer member-member...(ada mmber KR da kawin 4tahun tapi belom ader rezeki. Sorang lagi member KR da kawin 10 tahun pun blom boleh baby.) jadik hati KR tersentuh..mujur KR diberi rezeki awal...mana la tahu kalau-kalau tak ley ngandung langsung...tak ke naya...hu3

Oleh sebab hati da terbukak sikit jadi kena la pegi farmasi..hasilnya:

g farmasi...balik...n cek sendiri...amek kau
da taw tapi baru nak cek....so confirm...positif...n g klinik


dpt buku pink ni..due 28 MAC 2013
 n doc scan baby...



kate doktor.."baby sihat n ni baby boy"
tak kisah pun janji sume sihat n selamat..."moga jadik anak yang soleh dan mendengar kata"-amin doa daripada bakal mama n ayah dia...^_^

n ase-ase lepas dapat baby ni orang akan bertukar soalan kepada : " bile dia nak dapat adik?"..hahhahaha soalan yang tak kan habis n akan kite dengar selagi hayat dikandung badan. so apa tunggu lagi. redah je dengan soalan-soalan spot ni.

Friday, 14 December 2012

RUMAH: PART 1

Entri  kali ni berkaitan dengan rumah.  kenapa dengan rumah KR? de ape-ape yang da berlaku ker?

opss..sebelum bercerita, KR nak bagi salam dulu kat u all smua.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH.

KR doakan smua hepy dan didoakan ape yang korang sedang or ingin buat akan dipermudahkan.-Insyaallah. Balik pada tajuk post kat atas sana, KR terasa sangat la teruja tuk  kongssi cerita. KR dan husband da berjaya mendapat umah.Walaupun umah tak sebesar mana, tapi ktorg syukur sesangat kerana akhirnya setelah 6 bulan ktorg diijab qabulkan, ktorg berjaya jugak memiliki umah setelah puas mensurvey harga dan lokasi.

Tahap keterujaan jangan ditanya sebab hari kitorang dapat umah tu, KR x dapat tidur semalaman. Mata terasa ngantuk yang amat tapi kepala sibuk pikir nak design umah. yang wat lebih teruja sebab umah yang kitorg dapat adalah lot tepi. so puas la dengan laman yang sangat luas tu...Hehe...

ok la nanti KR sambung lagi yer. Sayonara. Jumpa lagi.







Thursday, 13 December 2012

BISNES: PART 1

Kawan Resources (KR) menyediakan:

a) Pelbagai jenis pakaian dan aksesori wanita:
:: Telekung
   dari Malaysia dan Indonesia
HARGA: daripada RM 65- RM 200 (mengikut jenis kain,corak dan sulaman)

:: Batik Sarung
   dari Malaysia, Kemboja dan Indonesia
 HARGA: daripada RM 15- RM 25 (mengikut jenis kain)

:: Blouse
   dari Malaysia, Kemboja
 HARGA: daripada RM 25 - < RM 100 (mengikut jenis kain,corak dan sulaman)

:: Kerongsang/ Pin
 HARGA:  (mengikut jenis)

b) Mengambil tempahan 
:: pelbagai jenis kek/cupcake/muffin untuk setiap majlis.
 HARGA: daripada RM  - RM  (mengikut jenis,kuantiti dan berat)

:: kuih (popia/samosa) 
 HARGA: 3biji RM 1  (min. RM 10 )

:: kerepek
 HARGA: (mengikut harga pasaran semasa)




Wednesday, 12 December 2012

SELAMAT DATANG

Thanks sebab sudi blogwalking di blog ni. Blog ni baru mulakan hidupnye pada tarikh 12-12-12 (kebetulan semata-mata). Hanya kerana boring keseorangan setelah melihat suami tersayang tertidur di sebelah.^_^